BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, February 28, 2010

Kunjung Satu Malaysia PKI



Kunjung Satu Malaysia ini adalah aktiviti tahunan Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMKSI. Kunjungan kali ini diadakan pada 23 Februari 2010 di rumah Puan Tai di Indahpura. Seramai 31 orang murid, 8 orang guru, 2 orang PPM, ibu bapa dan Pengetua sekolah sendiri Pn Chong Lian How menyertai Kunjung Satu Malaysia ini. Kunjungan ini diadakan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pertandingan Mewarna Tahun Baru Cina



Pertandingan ini di sertai oleh semua murid PKI. Pertandingan ini sebagai satu cara untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.Semua murid bersungguh-sungguh untuk menghasilkan satu l karya yang cantik.Pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri murid.

Aktiviti luar Pendidikan Khas Integrasi



Aktiviti ini dilaksanakan pada 13 Jan 2010..Aktiviti ini juga sebagai latihan merentas desa untuk murid PKI. Murid2 dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2orang guru pengiring. Setiap kumpulan juga diberi tugasan dan tugasan pertama iaila menyiapkan bendera untuk setiap kumpulan.Dalam tugasan ini terserlah kretiviti setiap murid.

Saturday, February 27, 2010

selamat datang.....


terima kasih kepada semua yang sudi melusuri blog PKI SMKSI,Kulai ini. semoga dengan sokongan yang diberi dapat kita bersama-sama berkongsi pendapat dan maklumat demi penambahbaikan pendidikan khas di Malaysia.